26 June 2019

Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2019

          Bagi memariahkan sambutan hari raya pada tahun ini, Taman Bandacaya 2 juga tidak ketinggalan untuk mengadakan jamuan sempena hari raya ini. Setelah beberapa kali mengadakan perbincangan diantara ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandacaya 2 ini tarikh 22 jun 2019 adalah tarikh yang paling bersesuaian bagi mengadakan program ini.


   
         Bermula pada 21/ jun malam acara rewang telah dimulai.. sebagaimana tahun -tahun terdahulu, semua juadah adalah disediakan oleh Penduduk Bandacaya 2 dengan secara bergotong royong atau rewang. Diantara menu utama yg disediakan pada mlm tersebut adalah penyediaan satay.





Dan bersambung pada keesokkan harinya dengan bergotong royong menyediakan juadah yang lain.
















          Program bermula pada jam 8.30mlm dimana seperti biasa Raja Rostaman Dan Wak Tumiran sebagai DJ/MC yang menyerikan malam itu dengan celoteh dan gurauan yang menceriakan tetamu yang datang.

























Bagi mengisi waktu sambil tetamu menikmati juadah, beberapa permainan untuk kanak-kanak yang menawarkan hadiah juga diadakan, Selain itu acara cabutan bertuah jugak diadakan.













Kami Penduduk Bandacaya 2 juga merasa bertuah kerana Ketua Kampung yang baru di lantik - En Mohd Khairuizam Bin Mohd Tawil turut hadir memeriahkan suasana.



          Kami Persatuan penduduk Bandacaya 2 cukup berbangga dengan warga penduduk Bandacaya 2 yang berterusan menyokong segala aktiviti yang dianjurkan dan dirancang oleh pihak persatuan dan menjadikan program ini tetap meriah dan kami  Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan Selamat Hari Raya kepada tetamu-tetamu yang hadir.