13 December 2017

Gotong Rotong - 2017

          Satu program gotong royong diadakan pada 10b Dec 2017 di Taman Badacaya 2, tujuan program ini adalah untuk membersihkan dan mengindahkan persekitaran taman perumahan kita, disamping itu juga untuk tujuan sosial sesama penduduk yang selama ini sibuk dengan kerja dan hal masing-masing.
          Seawal jam 8.00 pagi, warga penduduk Bandacaya 2 telah berkumpul di hadapan pintu masuk taman bagi memulakan program ini. Segala peralatan gotong royong di bekalkan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama ahli Majlis Zon 11.





      Pada gotong royong kali ini kami juga di bantu oleh pekerja pembersihan kontraktor MBSA. kaum ibu juga berkerjasama dengan menyediakan hidangan potluck .






membersih dan mengecat baru papan tanda masuk ke Taman Bandacaya 2.



02 December 2017

Maulidur Rasul di Bandacaya 2 - 2017

              Maulidur Rasul  yang jatuh pada hari Jumaat  - 01hb Dec. 2017, Persatuan Penduduk Bandacaya 2 bersama - sama warga penduduk Bandacaya 2 sebagaimana seperti tahun-tahun  sebelumnya telah mengadakan Perarakan mengelilingi mengelilingi Taman Bandacaya 2 sambil berselawat keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Pada tahun ini juga seawal jam 8.00am kebanyakkan warga Taman Bandacaya 2 mula berkumpul dikawasan parking belakang  Ibu bapa dan anak-anak dengan berpakaian bercirikan keagamaan . Acara perarakan bermula jam 8.45 am, dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang diketuai oleh Saudara Rostaman. 































Selesai perarakan , para penduduk Bandacaya 2 di jamu dengan hidangan pot luck yang disediakan oleh kaum ibu Bandacaya 2. 








Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga penduduk Bandacaya 2 yang berterusan memberi sokongan kepada persatuan untuk merancang dan menjayakan program-program yang dapat mengeratkan silaturahim sesama warga penduduk bandacaya 2.