20 December 2016

Maulidur Rasul 2016 di Bandacaya 2

          Sempena menyambut hari Maulidur Rasul pada tahun ini yang jatuh pada 12hb Dec. 2016, Persatuan Penduduk Bandacaya 2 sebagaimana seperti tahun sebelumnya telah merancang untuk mengadakan aktiviti berarak mengelilingi taman sambil berselawat keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. tetapi disebabkan 12 Dec adalah cuti bersambung dan mengandaikan ramai warga penduduk Bandacaya mengambil peluang bercuti atau balik kampung, maka sambutan Maulidur  Rasul pada tahun ini dicadangkan dijalankan pada 18 Dec 2016.  Pada tahun ini juga seawal jam 8.00am kebanyakkan warga Taman Bandacaya 2,  mula berkumpul dikawasan parking hadapan  di pintu masuk ke Taman Bandacaya 2. Ibu bapa dan anak-anak dengan berpakaian berwarna-warni  bercirikan Islamic menyerikan pagi yang mulia dengan niat yang satu, menyambut ulangtahun kelahiran jujungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Acara perarakan bermula jam 8.30 am, dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang diketuai oleh Saudara Rostaman  (BC37).
 









 




 






 
Selesai berarak mengelilingi Taman Bandacaya 2, program diteruskan dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran di rumah Saudara Wan Azlan (BC34) diketuai oleh Saudara Rostaman bersempena dengan berkhatannya anak lelaki Saudara Wan Azlan.
 









 
 
Majlis di sudahi dengan hidangan yang disediakan oleh keluarga Saudara Wan Azlan dimana program rewang untuk menyediakan hidangan pada malam sebelum sambutan Maulidur Rasul Bandacaya 2 telah diadakan,
 





Terima kasih kepada seluruh Warga Taman Bandacaya 2 yang menyertai memeriahkan dan menceriakan program Sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Bandacaya 2 ini. dengan adanya program ini selain mengingati hari kelahiran jungungan Nabi Muhammad S.A.W ia juga dapat mengeratkan hubangan silaturahim sesame warga penduduk Bandacaya 2.

26 July 2016

Jamuan Aidilfitri 2016

Persatuan Penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri 2016 setelah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa persatuan penduduk, pada hari raya ke 18 (23hb July 2016) telah ditetapkan sebagai tarikh bagi Sambutan Aidilfitri 2016 bagi Taman Bandacaya 2. Setelah beberapa kali bermasyuarat di antara ahlijawatan kuasa, maka hari Sabtu pagi telah bermula program rewang ini dengan disertai seluruh warga bandacaya 2 secara bergotong-royong. Walaupun sebahagian acara kecil-kecilan telah bermula 3 hari sebelumnya bagi menyiapkan kuih-muih dan sebagainya..






Pagi sabtu bermulalah acara rewang yang sebenar. 






















Tepat jam 8.30 pm, bermulalah majlis Jamuan Aidilfitri Bandacaya 2 -2016
 


 






 
 



















 












Tuan Pengerusi PPBC2 melayan kehadiran MPP - Saudara Imran  dan Ustaz Rashidi


Sebahagian AJK PPBC2 bergambar bersama MPP Zone 11.

setelah selesai majlis seluruh wargabandacaya 2 bergotong royong mengemas segala peralatan. mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga harus diselesaikan pada malam itu.






 


 Pihak Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan jutaan terimakasih kepada seluruh warga Bandacaya 2 yang begitu spoting menghulurkan tenaga bergotong royong bagi menjadikan Jamuan aidilfitri dijayakan dengan jayanya. juga kepada Tuan Ketua Kampong, dan juga Ahli Majlis Perwakilan Penduduk - En Imran kerana dengan kelibat anda di majlis kami menjadikan majlis ini bertambah meriah. Juga kepada seluruh penduduk Lorong Haji Tahir dan taman-taman sekitar Bandacaya 2 yg datang memeriahkan majlis kami.