03 January 2017

Riadah Santai d'ambang 2017

Sebagaimana yang telah diketahui, Program sukanika Bandacaya 2 telah dibatalkan disaat-saat akhir disebabkan perkara yg tidak dapat dielakkan. Kami AJK Persatuan Penduduk Bandacaya 2 telah mencapai kata sepakat akan menggantikannya kepada satu program yang dipanggil RIADAH SANTAI. Tarikh yang telah di persetujui oleh AJK PPBC2 didalam masyuarat AJK yang diadakan adalah pada 31 dec 2016 dan program ini adalah penutup kalender acara bagi Taman Bandacaya 2. program ini akan menjadi acara tetap jika program pertama ini mendapat sambutan dari Warga Bandacaya 2.

Pada hari sabtu pagi  - 31/12/2016, sebahagian AJK telah rewang bagi menyiapkan menu utama iaitu,  mee kari, beehon singapura, dah ayam untuk BBQ, selain itu menu-menu lain adalah secara potluck sebagaimana yang telah diputuskan dalam masyuarat jawatankuasa potluck adalah berupa kueh-mueh dan buah-buahan sahaja.








selain daripada riadah sntai dengan makan-makan dan BBQ, pihak AJK juga telah menyediakan permainan untuk memeriahkan acara dimana En Saiden telah di pilih untuk menyelengarakan permainan dengan dibantu semua AJK. Setiap permainan disediakan hadiah bagi pemenang.