17 June 2013

Gotong-royong Taman Bandacaya 2

          Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam minute meeting dan memorandum kepada warga penduduk Bandacaya 2, satu program gotong royong akan diadakan pada 16hb Jun 2013, tujuan program ini adalah untuk membersihkan dan mengindahkan persekitaran taman perumahan kita, disamping itu juga untuk tujuan sosial sesama penduduk yang selama ini sibuk dengan kerja dan hal masing-masing.
          Seawal jam 8.00 pagi, warga penduduk Bandacaya 2 telah berkumpul di sekitar rumah setiausaha dan mendengar sedikit taklimat berkenaan program ini. Setelah taklimat dan sedikit penerangan tentang program gotong royong ini, para penduduk Taman Bandacaya 2 yang menyertai program ini mengambil segala peralatan gotong-royong yang dibekalkan oleh pehak Majlis Bandaraya Shah Alam.



           Program dimulakan dengan membersihkan kawasan taman permainan, diikuti lorong belakang rumah,  sementara itu sebahagian kecil peserta ditugaskan untuk mengindahkan mercu tanda Taman Bandacaya 2, dengan mengecat kembali papan tanda taman.

 











Apa yang penting......KERJASAMA



Biro Wanita juga mengambil bahagian untuk mengindahkan taman dengan menanam bunga di mercu tanda Bandacaya 2



           Sementara itu ahli biro wanita juga sibuk dengan bergotong-royong menyediakan hidangan untuk para peserta, hidangan disediakan secara pot luck.




           Sementara para peserta program menikmati hidangan yang disediakan, Tim. Pengerusi PPB2, Sdr. Wan Azlan memberikan sedikit taklimat tentang program selanjutnya yang dirancang oleh PPB2, iaitu majlis taskirah, bacaan tahlil dan doa selamat sempena menyambut bulan Ramadhan yang di rancang pada 29hb Jun 2013. 

          Program gotong royong ini berakhir jam 11.30 am, ucapan terima kasih kepada semua warga taman yang mengambil bahagian dan juga kepada MPP zone 11 , dengan kerjasamanya meminjam peralatan gotong royong dari MBSA.