18 November 2013

Jawatan Kosong

       Kata sepakat telah di persetujui oleh ahlijawatankuasa Persatuan Penduduk Bandacaya 2 bagi sesi 2012/2013 pada masyuarat ahlijawatan kuasa yang diadakan pada hari Ahad (17hb November 2013), untuk membubarkan ahli jawatan kuasa sedia ada. Pembubaran ini di umumkan oleh setiausaha dan disahkan oleh Pengerusi PPBC2. Selepas pembubaran dilakukan satu jawatankuasa sementara dibentuk untuk gerakerja pemilihan ahlijawatan kuasa baru yang akan dilakukan di dalam waktu terdekat dan antara tugas ahlijawatankuasa sementara ini adalah memikirkan cara pengundian di lakukan dan memastikan pemilihan ini berjalan lancar

Ahlijawatankuasa sementara yg terpilih bagi gerakerja pengundian adalah
1. Wak Tumiran
2. Norkhizam
3. Wan Azlan
4. Iskandar
5. Fendi
6. Dali

Bagi seluruh warga Bandacaya 2 yang berminat untuk mengisi kokosongan ini bolehlah mula berkempen sehingga hari pengundian di tutup bagi pemilihan ahlijawatan kuasa Persatuan Penduduk Bandacaya 2 bagi sesi 2014/2015 dibentuk.

25 October 2013

Aidil Adha di BANDACAYA 2

     Bagai sudah menjadi tradisi bagi Taman Bandacaya 2, untuk menyambut Hari Raya aidil adha akan mengadakan majlis takbir dari rumah ke rumah warga bandacaya 2 yang tidak pulang kekampung. Tidak terkecuali pada tahun ini dimana majlis ini diadakan pada malam Hari Raya Aidil Adha (14-10-2013 Isnin Mlm Selasa). Seawal jam 8.00pm warga Bandacaya 2 yg tinggal termasuk kanak-kanak, remaja dan kaum ibu telah keluar berkumpul di rumah pengerusi Persatuan Penduduk Bandacaya 2 (BC31). Bermula pada jam 8.30 pm program ini bermula di rumah Pengerusi PPBC2 membawa dan sterusnya kerumah warga Bandacaya 2 yang mengambil bahagian. Seramai 15 peserta dan rumah yang mengambil bahagian pada tahun ini, majlis bertakbir berakhir jam 11 pm. .













Selepas majlis bertakbir para peserta dihidangkan dengan jamuan yang disediakan oleh kaum wanita secara port luck




Ibadah Korban di BANDACAYA 2.

      Alhamdulillah pada tahun ini (2013) Persatuan Penduduk Bandacaya 2 berjaya menjayakan ibadah korban. Walaupun hanya seekor lembu sebagai permulaan, ianya berjalan dengan jayanya. sekitar jam 10.30 am, acara menyembelih telah dilakukan oleh Ustaz Rashidi yang di jemput untuk menyembelih lembu korban. Dengan Kerjasama daripada warga penduduk Bandacaya 2 secara bergotong royong melapah, memotong, membungkus serta mengagihkannya berjalan dengan lancar. manakala biro wanita juga tidak ketinggalan menyediakan jamuan ringan pada warga bandacaya 2 yang bertungkus-lumus bergotong-royong menjayakan ibadah korban ini.
































Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang terbabit bergotong-royong menjayakan program ini, samada kepada warga bandacaya sendiri dan penduduk sekitar taman ini.. 

27 August 2013

Sambutan Hari Raya di Taman Bandacaya 2

           Program Sambutan Hari Raya Aidil Fitri ini antara program terbesar yang di anjurkan oleh Persatuan Penduduk Bandacaya 2 saban tahun dan adalah antara salah satu program yang ditunggu-gunggu bukan hanya oleh semua warga Bandacaya 2 sahaja malahan ia juga dinantikan oleh penduduk Lorong Haji Tahir dan juga penduduk taman-taman disekitarnya. Diwaktu ini jugalah dimana warga Bandacaya 2 dapat beramah-mesra dengan penduduk sepanjang Lorong Haji Tahir dan taman-taman disekitarnya.
          Pada tahun 2013 ini, program ini berlangsung pada 24 August 2013 bersamaan 17 syawal 1434 hijrah.(Sabtu mlm Ahad)  bermula pada 8.00pm sehingga 12 pm.          
          Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, semua warga bandacaya 2 bertungkus-lumus bergotong royong atau dengan dengan lain perkataan "berewang" dari kaum ibu dan kaum bapa terbabit malahan kanak-kanak tidak ketinggalan memariahkan aktiviti rewang ini. Bermula pada jumaat malam dibawah khemah ( yg disumbangkan oleh MPP zone 11 - 3 biji khemah) penyediaan rempah ratus untuk memasak hidangan bermula pada malam tersebut.  Disambung semula pada awal  pagi sabtu sehingga ke petang. Daripada nasi, lauk-pauk, sayuran semua disediakan secara bergotong royong. 

Bermula dari jumaat mlm warga bandacaya 2 mula keluar "rewang" menyediakan rempah-ratus dan lauk-pauk utk dimasak keesokkannya.








seawal pagi sabtu warga bandacaya 2keluar rewang untuk menyediakan persiapan juadah




Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri Bandacaya 2 - 2013
Pengerusi PPBC2 dgn kata-kata aluannya
Pengerusi Biro Wanita dgn ucapan terima kasihnya



Ketua Kampung Jln Kebun Turut hadir menyerikan Majlis


Persatuan penduduk Bandacaya 2 mengucapkan terima kasih dah tahniah kepada seluruh warga bandacaya 2 kerana dengan kerjasamanya komitment yang di berikan majlis ini berjalan lancar dengan jayanya dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada tetamu-tetamu dan seluruh warga Bandacaya2