20 December 2016

Maulidur Rasul 2016 di Bandacaya 2

          Sempena menyambut hari Maulidur Rasul pada tahun ini yang jatuh pada 12hb Dec. 2016, Persatuan Penduduk Bandacaya 2 sebagaimana seperti tahun sebelumnya telah merancang untuk mengadakan aktiviti berarak mengelilingi taman sambil berselawat keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. tetapi disebabkan 12 Dec adalah cuti bersambung dan mengandaikan ramai warga penduduk Bandacaya mengambil peluang bercuti atau balik kampung, maka sambutan Maulidur  Rasul pada tahun ini dicadangkan dijalankan pada 18 Dec 2016.  Pada tahun ini juga seawal jam 8.00am kebanyakkan warga Taman Bandacaya 2,  mula berkumpul dikawasan parking hadapan  di pintu masuk ke Taman Bandacaya 2. Ibu bapa dan anak-anak dengan berpakaian berwarna-warni  bercirikan Islamic menyerikan pagi yang mulia dengan niat yang satu, menyambut ulangtahun kelahiran jujungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Acara perarakan bermula jam 8.30 am, dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang diketuai oleh Saudara Rostaman  (BC37).
 









 




 






 
Selesai berarak mengelilingi Taman Bandacaya 2, program diteruskan dengan bacaan doa selamat dan kesyukuran di rumah Saudara Wan Azlan (BC34) diketuai oleh Saudara Rostaman bersempena dengan berkhatannya anak lelaki Saudara Wan Azlan.
 









 
 
Majlis di sudahi dengan hidangan yang disediakan oleh keluarga Saudara Wan Azlan dimana program rewang untuk menyediakan hidangan pada malam sebelum sambutan Maulidur Rasul Bandacaya 2 telah diadakan,
 





Terima kasih kepada seluruh Warga Taman Bandacaya 2 yang menyertai memeriahkan dan menceriakan program Sambutan Maulidur Rasul peringkat Taman Bandacaya 2 ini. dengan adanya program ini selain mengingati hari kelahiran jungungan Nabi Muhammad S.A.W ia juga dapat mengeratkan hubangan silaturahim sesame warga penduduk Bandacaya 2.