05 October 2014

Program sambutan Aidil Adha 2014

          Alhamdulillah sebagaimana tahun-tahun terdahulu, tradisi Taman Bandacaya 2 ini diteruskan pada tahun ini juga. Pada 4hb Oct - iaitu malam sambutan Aidil Adha, sebahagian warga Bandacaya 2 yang menyambut kedatangan Aidil Adha di Taman Bandacaya 2 telah menjayakan program takbir dari rumah ke rumah. Bermula seawal jam 8.15 pm, ahli-ahli jemaah telah berkumpul di rumah Kak Is / Shafee(Pengerusi Biro Wanita) - BC11. Program takbir kali ini di ketuai olehh Saudara Rostaman dan di bantu oleh Saudara Wan Azlan. Program ini bermula dari hadapan dan diakhiri di rumah Saudara Hatta - BC48, hidangan pot luck yang disediakan oleh biro wanita telah di kumpulkan di rumah Saudara Hatta sebagai jamuan kepada semua ahli jemaah setelah berakhirnya program sambutan takbir dari rumah ke rumah 2014






























25 August 2014

Sambutan Aidilfitri Taman Bandacaya 2 - 2014

          Setelah 2 kali bermuasyarat antara ahlijawatan kuasa dan biro wanita maka termaktublah pada 23hb August sebagai hari penyambung tradisi bagi Taman Bandacaya 2 ini sebagaimana tahun -tahun sebelumnya dengan Sambutan Aidilfitri Taman bandacaya 2 -2014. Masyuarat ini adalah untuk membincangkan menu-menu yang akan dihidangkan dan juga pembahagian tugas pada malam sambutan.

          Bermula seawal jam 8.00 pagi pada 23hb august [Sabtu] bermulalah acara bergotong royong sesama penduduk Taman Bandacaya 2 bagi menyiapkan juadah hidangan sebagaimana yang dirancangkan.






         

       


































Walaupun hujan lebat pada petang tersebut, majlis ini tetap diteruskan pada waktunya dan tepat jam 8.30 mlm seluruh penduduk taman telah keluar beramai-ramai membanjiri kawasan sambutan



















malam majlis sambutan Aidilfitri Taman Bandacaya 2 - 2014 menjadi begitu istemewa dengan kehadiran YB Suhaimi - adun Sri Muda bersama Ahli Majlis Saudara Jaberi. disusuli selepas itu dengan kehadiran MPP zon 11, Saudara Norhalim bersama Saudara Mohd Rais.










          Pada kira-kira jam 12.00am, memandangkan para tetamu sudah beransur maka dengan rasminya Majlis aidilfitri ditutup, dan sekali seluruh warga bandacaya 2 bergotong-royong bersama-sama mengemas pinggan mangkuk, periuk belanga, meja kerusi, sampah sarap menjadikan kawasan majlis seperti sediakala.










Pehak Persatuan Penduduk Bandacaya 2, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahlijawatan kuasa, warga penduduk bandacay 2, tetamu yang hadir, Para VIP - YB Suhaimi, Ahli Majlis - Saudara Jaberi, MPP zone 11 - Saudara k Norhalim,   Saudara Mohd Rais, dengan kelibat saudara-saudara semua majlis ini bertambah meriah.