21 November 2018

Maulidur Rasul di Bandacaya 2 - 2018

              Sempena menyambut hari Maulidur Rasul pada tahun ini yang jatuh pada 20hb November. 2018, sebagaimana seperti tahun sebelumnya Persatuan Penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan aktiviti berarak mengelilingi taman sambil berselawat keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Pada tahun ini juga seawal jam 8.00am kebanyakkan warga Taman Bandacaya 2,  mula berkumpul dikawasan parking belakang. Ibu bapa dan anak-anak dengan berpakaian berwarna-warni menyerikan pagi yang mulia dengan niat yang satu, menyambut ulangtahun kelahiran jujungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Acara perarakan bermula jam 8.30 am, dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang diketuai oleh Saudara Saat (BC46).























Ibu-ibu Bandacaya 2 telah menyediakan pelbagai juadah secara pot luck bagi hidangan peserta perarakan sesudah perarakan berakhir.