24 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Bandacaya 2

Seawal jam 8.00am kebanyakkan warga Taman Bandacaya 2,  mula berkumpul dikawasan parking belakang. Ibu bapa dan anak-anak dengan berpakaian berwarna-warni menyerikan pagi yang mulia dengan niat yang satu, menyambut ulangtahun kelahiran jujungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Acara perarakan bermula jam 8.30 am, dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang diketuai oleh saudara Raja Rostaman (BC37)


Sedang menunggu rakan-rakan sebelum perarakan bermula






Perarakan bermula dengan dimulai surah al-fatihah, diikuti Selawat keatas Nabi.


















Station terakhir - Rumah En. Ishak (BC7), bacaan yasin & tahlil









Lepas bacaan yasin, tahlil & doa selamat - apa lagi .... makan time..


tuan pengerusi terpaksa menyusun balik surah yasin yang bertabur.....







Alhamdulillah...... segalanya berjalan lancar, dan hujan turun selepas majlis berakhir.......amin....


20 January 2013

Memorandum - Maulidur Rasul



         •       Sempena menyambut maulidur rasul, Tuan Imam Khariah Kaban menjemput semua warga Taman Bandacaya 2, ke Surau An-nur pada hari Rabu 23 hb January 2013 waktu maghrib, untuk bersolat berjemaah dan menyambut kedatangan maulidur rasul bersama ahli khariah.

 •      Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman BANDACAYA 2, akan menganjurkan “SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT TAMAN” pada hari Khamis 24hb January 2013. Semua warga penduduk Bandacaya 2 dikhendaki berkumpul di tempat parking belakang bermula jam 8.00 am dengan diikuti bergerak kehadapan sambil berselawat keatas Nabi Muhammad. Diminta seluruh warga BANDACAYA 2 dapat meluangkan masa dan mengenakan pakaian yang bersesuaian.

•       Perarakan akan di akhiri di rumah En. Ishak (BC07), bacaan yassin & tahlil akan diadakan atas permintaan sempena siapnya mega renovation dan jamuan ringan akan di sediakan oleh tuan rumah.




12 January 2013