03 August 2015

JAMUAN AIDILFITRI 2015

Sudah menjadi kemestian bagi Persatuan Penduduk Bandacaya 2 untuk mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri sebagaimana tahun-tahun sebelumnya. Maka pada tahun ini sebagaimana yang telah dipersetujui oleh semua ahli jawatankuasa persatuan penduduk, tarikh 1hb Ogos 2015 telah ditetapkan sebagai tarikh bagi Taman Bandacaya 2 mengadakan program Sambutan Aidilfitri 2105.


Setelah beberapa kali bermasyuarat di antara ahlijawatan kuasa, maka hari jumaat mlm satu telah bermula program rewang ini dengan disertai seluruh warga bandacaya 2 secara bergotong-royong. Seekor lembu telah disumbangkan oleh Kak Is & En Safiee (BC 11) sempena akikah anak-anak nya dimana daging akikah ini di sumbangkan terus untuk Majlis Jamuan Hari Raya ini.














Hidangan sup tulang telah disediakan pada mlm rewang






Program rewang bersambung pada hari sabtu pagi hingga kepetang bagi menyediakan lauk-pauk yang dirancangkan bagi jamuan ini.










selepas jam 4.00 pm, tetamu jemputan mula dating di mulai dengan pelajar tahfis.




Bermula jam 8.00 pm para tetamu mulai hadir ke majlis Jamuan Aidilfitri Bandacaya 2.







 antara VIP yang hadir ke Majlis Jamuan Aidilfitri Bandacaya 2.

ketua kampong : Tuan Haji Salehan


dari kiri : Saudara MK (wakil YB Suhaimi, Ketua Kampong, dan Saudara Norhalim - ahli majlis (MPP zone 11)
ahli majlis sempat memberi ucapan selamat hari raya.

bersama sebahagian ahli jawatankuasa PPBC2
Ustaz Rashidi.

\







 acara bertukar hadiah antara warga Bandacaya 2 juga diadakan untuk menceriakan suasana








bila acara selesai kira-kira jam 11.45pm, seluruh warga bandacaya 2 bergotong royong mengemas kerusi, meja dan mencuci pinggan, mangkuk, periuk belanga









         Pihak Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan jutaan terimakasih kepada seluruh warga Bandacaya 2 yang begitu spoting menghulurkan tenaga bergotong royong bagi menjadikan Jamuan aidilfitri dijayakan dengan jayanya. juga kepada wakil YB saudara MK, Tuan Ketua Kampong, dan juga Ahli Majlis dan pembantunya - En Norhalim, En Rais kerana dengan kelibat anda di majlis kami menjadikan majlis ini bertambah meriah. Juga kepada seluruh penduduk Lorong Haji Tahir dan taman-taman sekitar Bandacaya 2 yg datang memeriahkan majlis kami.