27 August 2018

Sambutan Aidil Adha - 2018

        Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada 22-08-2018. Sebagaimana tahun-tahun terdahulu Persatuan  Penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan semula takbir dari rumah kerumah bagi memeriahkan lagi sambutan Aidil Adha pada tahun ini. Bermula jam 9.00pm selepas isyak, warga Bandacaya 2 yg tinggal iaitu tidak balik ke kampung, termasuk kanak-kanak dan remaja telah keluar berkumpul di rumah Kak Is bagi memulakan program takbir tahun ini ia di ketuai oleh Saudara Raja Rostaman


         Program ini diakhiri di rumah Saudara Hatta - BC48, hidangan pot luck yang disediakan oleh kaum ibu bandacaya 2, telah di kumpulkan di rumah Saudara Hatta sebagai jamuan kepada semua ahli jemaah setelah berakhirnya program sambutan takbir dari rumah ke rumah 2018.
























































         Program ini berakhir dalam jam 12.00 tengah malam dan kami pehak persatuan berharap program ini akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang.