01 June 2015

Program Bergotong Royong membersihkan persekitaran taman.

Pada 31hb Mei 2015, Persatuan Penduduk Bandacaya 2 telah menjayakan program gotong-royong membersihkan persekitaran taman bandacaya 2. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membersihkan persekitaran taman, membersihkan dari tempat pembiakkan nyamuk dan juga yang paling utama adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama warga Penduduk Taman Bandacaya 2. Program ini bermula jam 8.00 pagi. dengan di bahagikan kepada dua kumpulan. kumpulan pertama ditugaskan untuk menebas semak-samun yang terdapat pada kawasan hadapan pintu masuk taman, manakala kumpulan kedua ditugaskan membersihkan kawasan taman permainan dan persekitaran jalan utama hingga ke hadapan pintu masuk taman.

manakala biro wanita pula bergotong -royong menyediakan juadah untuk dimakan bersama-sama setelah selesai bergotong royong.

Terima kasih kepada seluruh warga Bandacaya 2 yang menjayakan program ini dan kesedaran betapa pentingnya kebersihan persekitaran taman kita demi kesihatan dan keselamatan anak-anak taman bandacaya 2. Juga jutaan terima kasih kepada MPP Zone 11 terutamanya En Rais dan Tuan Haji Norhalim kerana menguruskan pinjaman peralatan bergotong royong dari Majlis Bandaraya Shah Alam.

Program Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat

Sempena Menyambut kedatangan Ramadhan, Persatuan penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan majlis bacaan Yassin, Tahlil Dan doa selamat pada 30hb Mei 2015, iaitu pada hari Sabtu malam Ahad. Dengan kerjasama dari biro wanita program ini dimulai dengan bergotong-royong menyiapkan juadah untu majlis tersebut.

Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat ini dimulakan dengan sembahyang Isya berjemaah di bawah khemah dengan di imamkan oleh Saudara Rostaman, kemudian diikuti dengan bacaan yassin, tahlil dan doa selamat untuk kesejahteraan seluruh Penduduk Taman Bandacaya 2.


program ini berakhir sekitar jam 11.00 pm setelah semua warga bandacaya 2 yang mengambil bahagian menjamu selera dengan hidangan yang disediakan. Terima kasih kepada seluruh warga bandacaya 2 yang begitu spoting untuk menjayakan program ini, biro wanita yang bertungkus lumus menyediakan hidangan dan juga MPP Zone 11, terutamanya En Rais dan Hj Norhalim yang meminjamkan Khemah kepada persatuan penduduk dalam menjayakan program ini.