05 October 2014

Program sambutan Aidil Adha 2014

          Alhamdulillah sebagaimana tahun-tahun terdahulu, tradisi Taman Bandacaya 2 ini diteruskan pada tahun ini juga. Pada 4hb Oct - iaitu malam sambutan Aidil Adha, sebahagian warga Bandacaya 2 yang menyambut kedatangan Aidil Adha di Taman Bandacaya 2 telah menjayakan program takbir dari rumah ke rumah. Bermula seawal jam 8.15 pm, ahli-ahli jemaah telah berkumpul di rumah Kak Is / Shafee(Pengerusi Biro Wanita) - BC11. Program takbir kali ini di ketuai olehh Saudara Rostaman dan di bantu oleh Saudara Wan Azlan. Program ini bermula dari hadapan dan diakhiri di rumah Saudara Hatta - BC48, hidangan pot luck yang disediakan oleh biro wanita telah di kumpulkan di rumah Saudara Hatta sebagai jamuan kepada semua ahli jemaah setelah berakhirnya program sambutan takbir dari rumah ke rumah 2014