Sempena Menyambut kedatangan Ramadhan, Persatuan penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan majlis bacaan Yassin, Tahlil Dan doa selamat pada 30hb Mei 2015, iaitu pada hari Sabtu malam Ahad. Dengan kerjasama dari biro wanita program ini dimulai dengan bergotong-royong menyiapkan juadah untu majlis tersebut.
Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat ini dimulakan dengan sembahyang Isya berjemaah di bawah khemah dengan di imamkan oleh Saudara Rostaman, kemudian diikuti dengan bacaan yassin, tahlil dan doa selamat untuk kesejahteraan seluruh Penduduk Taman Bandacaya 2.
program ini berakhir sekitar jam 11.00 pm setelah semua warga bandacaya 2 yang mengambil bahagian menjamu selera dengan hidangan yang disediakan. Terima kasih kepada seluruh warga bandacaya 2 yang begitu spoting untuk menjayakan program ini, biro wanita yang bertungkus lumus menyediakan hidangan dan juga MPP Zone 11, terutamanya En Rais dan Hj Norhalim yang meminjamkan Khemah kepada persatuan penduduk dalam menjayakan program ini.
No comments:
Post a Comment