02 December 2017

Maulidur Rasul di Bandacaya 2 - 2017

              Maulidur Rasul  yang jatuh pada hari Jumaat  - 01hb Dec. 2017, Persatuan Penduduk Bandacaya 2 bersama - sama warga penduduk Bandacaya 2 sebagaimana seperti tahun-tahun  sebelumnya telah mengadakan Perarakan mengelilingi mengelilingi Taman Bandacaya 2 sambil berselawat keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Pada tahun ini juga seawal jam 8.00am kebanyakkan warga Taman Bandacaya 2 mula berkumpul dikawasan parking belakang  Ibu bapa dan anak-anak dengan berpakaian bercirikan keagamaan . Acara perarakan bermula jam 8.45 am, dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang diketuai oleh Saudara Rostaman. 































Selesai perarakan , para penduduk Bandacaya 2 di jamu dengan hidangan pot luck yang disediakan oleh kaum ibu Bandacaya 2. 








Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga penduduk Bandacaya 2 yang berterusan memberi sokongan kepada persatuan untuk merancang dan menjayakan program-program yang dapat mengeratkan silaturahim sesama warga penduduk bandacaya 2.

No comments:

Post a Comment