Selepas majlis bertakbir para peserta dihidangkan dengan jamuan yang disediakan oleh kaum wanita secara port luck
...sebagai sumber maklumat dan information segala aktiviti yang berlaku di taman kita....
25 October 2013
Aidil Adha di BANDACAYA 2
Bagai sudah menjadi tradisi bagi Taman Bandacaya 2, untuk menyambut Hari Raya aidil adha akan mengadakan majlis takbir dari rumah ke rumah warga bandacaya 2 yang tidak pulang kekampung. Tidak terkecuali pada tahun ini dimana majlis ini diadakan pada malam Hari Raya Aidil Adha (14-10-2013 Isnin Mlm Selasa). Seawal jam 8.00pm warga Bandacaya 2 yg tinggal termasuk kanak-kanak, remaja dan kaum ibu telah keluar berkumpul di rumah pengerusi Persatuan Penduduk Bandacaya 2 (BC31). Bermula pada jam 8.30 pm program ini bermula di rumah Pengerusi PPBC2 membawa dan sterusnya kerumah warga Bandacaya 2 yang mengambil bahagian. Seramai 15 peserta dan rumah yang mengambil bahagian pada tahun ini, majlis bertakbir berakhir jam 11 pm. .
Ibadah Korban di BANDACAYA 2.
Alhamdulillah pada tahun ini (2013) Persatuan Penduduk Bandacaya 2 berjaya menjayakan ibadah korban. Walaupun hanya seekor lembu sebagai permulaan, ianya berjalan dengan jayanya. sekitar jam 10.30 am, acara menyembelih telah dilakukan oleh Ustaz Rashidi yang di jemput untuk menyembelih lembu korban. Dengan Kerjasama daripada warga penduduk Bandacaya 2 secara bergotong royong melapah, memotong, membungkus serta mengagihkannya berjalan dengan lancar. manakala biro wanita juga tidak ketinggalan menyediakan jamuan ringan pada warga bandacaya 2 yang bertungkus-lumus bergotong-royong menjayakan ibadah korban ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)