01 January 2014

Konvoi Santai Ke Melaka.

       Sempena cuti sambutan Krismas, (25 Dec 2013) sebahagian warga penduduk Bandacaya 2 yang mengelarkan diri mereka "6+1 J group" atau dikenali dengan 6J bersama sahabat 6J telah menganjurkan Konvoi Santai ke Melaka bandaraya bersejarah. Ianya bertujuan mengeratkan silatulrahim sesama peserta konvoi sambil meluaskan pemandangan bagi perserta yg pertama kali ke Melaka. Juga pembelajaran yang berguna untuk anak-anak mengenal dan mengetahui sejarah penjajahan Melaka dengan melihat sendiri peninggalan bersejarah daripada penjajah.

 

Seawal jam 7.30 pagi para perserta konvoi da anak-anak telah mula berkumpul dan mengemas barang keperluan yang perlu di bawa dan tepat jam 8.oo pagi perserta konvoi bergerak keluar dari Taman Bandacaya 2 menuju destinasi. Sebanyak 9 buah kereta/MPV yang turut serta dalam konvoi ini. Tempahan untuk bermalam telah dibuat bagi yang turut serta dalam konvoi ini iaitu di D'Alai Homestay yang terletak kira-kira 8 km dari Pusat Bandar Melaka.





Perjalanan panjang yang mengambil masa kira-kira 2 jam setengah berakhir bila para peserta konvoi memasuki exit Ayer Keruh, dan berhenti di Dataran Ayer Keruh untuk meregangkan urat-urat dan juga untuk menikmati hidangan Pot Luck yang dibawa bersama sebelum ke distinasi seterusnya







Sesudah makan, maka bermula la perjalan kami ke tempat-tempat menarik di sekitar Ayer Keruh sebelum check in ke Homestay.















































Perjalanan yang penuh dengan keceriaan, kasih sayang, persahabatan dan kegembiraan. manakala bagi anak-anak pula pasti akan berulang kali bercerita tentang keseronokkan berkonvoi ke Melaka.