Ibu-ibu Bandacaya 2 telah menyediakan pelbagai juadah secara pot luck bagi hidangan peserta perarakan sesudah perarakan berakhir.
...sebagai sumber maklumat dan information segala aktiviti yang berlaku di taman kita....
21 November 2018
Maulidur Rasul di Bandacaya 2 - 2018
Sempena menyambut hari Maulidur Rasul pada tahun ini yang jatuh pada 20hb November. 2018, sebagaimana seperti tahun sebelumnya Persatuan Penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan aktiviti berarak mengelilingi taman sambil berselawat keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Pada tahun ini juga seawal jam 8.00am kebanyakkan warga Taman Bandacaya 2, mula berkumpul dikawasan parking belakang. Ibu bapa dan anak-anak dengan berpakaian berwarna-warni menyerikan pagi yang mulia dengan niat yang satu, menyambut ulangtahun kelahiran jujungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Acara perarakan bermula jam 8.30 am, dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang diketuai oleh Saudara Saat (BC46).
27 August 2018
Sambutan Aidil Adha - 2018
Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada 22-08-2018. Sebagaimana tahun-tahun terdahulu Persatuan Penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan semula takbir dari rumah kerumah bagi memeriahkan lagi sambutan Aidil Adha pada tahun ini. Bermula jam 9.00pm selepas isyak, warga Bandacaya 2 yg tinggal iaitu tidak balik ke kampung, termasuk kanak-kanak dan remaja telah keluar berkumpul di rumah Kak Is bagi memulakan program takbir tahun ini ia di ketuai oleh Saudara Raja Rostaman
Program ini diakhiri di rumah Saudara Hatta - BC48, hidangan pot luck yang disediakan oleh kaum ibu bandacaya 2, telah di kumpulkan di rumah Saudara Hatta sebagai jamuan kepada semua ahli jemaah setelah berakhirnya program sambutan takbir dari rumah ke rumah 2018.
Program ini berakhir dalam jam 12.00 tengah malam dan kami pehak persatuan berharap program ini akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)