Jamuan Aidil
fitri di Taman Bandacaya 2 adalah program terbesar yang melibatkan seluruh
pendudk taman bersama seluruh khariah Lorong Haji Tahir yang dianjurkan oleh
Persatuan Penduduk Bancacaya2. Program ini sebagai wadah bagi warga Taman
Bandacaya 2 untuk beramah mesra dan mengeratkan siltulrahim sesama penduduk
taman dan juga khariah Lorong Haji Tahir dan juga taman-taman perumahan
disekitarnya. Bagi tahun 2018 ini Persatuan Penduduk Taman telah bermasyuarat
dan bersetuju program ini akan diadakan pada 30hb Jun (sabtu).
Bermula mlm
jumaat lagi kaum ibu sudah bermula rewang bagi membuat persediaan juadah dan
rewang ini berterusan sehingga hari programnya berlangsung.
Bermula jam 8.30pm, warga Bandacaya 2 telah datang memariahkan Majlis sambutan Aidilfitri 2018 ini dan diikuti oleh
para jemputan iaitu warga penduduk Lorong Haji Tahir dan kawasan sekitarnya memenuhi kawasan majlis berlangsung.
Majlis di mulai dengan bacaan doa oleh saudara Raja Rostaman, dan ucapan dari pengerusi PPBC2 dan diikuti bacaan doa makan seterusnya tetamu pun di jemput menikmati hidangan yang disediakan.
Acara di selang seli dengan beberapa acara (khas untuk penduduk Bandacaya2 sahaja) untuk memeriahkan majlis, seperti acara pertukaran hadiah, permainan untuk kanak-kanak dan dewasa.
Majlis berakhir dalam pukul 11.00, maka gotong-royong mengemas perkakasan majlis pun dilakukan.
Kami Persatuan penduduk Bandacaya 2
mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh warga bandacaya 2 kerana sentiasa berkerjasama atas segala program yang dirancangkan
menjadikan ia berjaya direalisasikan dan juga Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan Selamat Hari Raya kepada tetamu-tetamu yang hadir.