Program ini dimulai dengan acara rewang bagi menyiapkan juadah, dimana pada tahun ini antara menu yang akan di sediakan adalah roti jala + kari kambing, nasi goreng + ayam bakar.
Bermula selepas Isya, ramai ramai warga penduduk Bandacaya telah keluar menyertai program Santai D'Ambang Tahun 2019 ini. Pada malam tersebut juga di tayangkan tayangan slide throwback 10 tahun di bandacaya 2 dimana ia mengimbau kenangan 10tahun menduduki taman bandacaya 2.
berbagai acara dan permainan berserta hadiah disediakan untuk seluruh warga bandacaya 2
Alhamdulillah program berjalan dengan lancar, semua warga penduduk gembira dan terhibur dengan acara-acara yang dianjurkan sambil mengeratkan silatul rahim sesama penduduk.