28 July 2013

Penyediaan Hidangan Moreh

          Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, pada bulan ramadhan, Persatuan Penduduk Bandacaya 2 akan menyediakan hidangan moreh untuk seluruh penduduk taman dan juga bagi surau An-Nur (Kariah Kaban). Tidak ketinggalan juga pada tahun ini, maka pada 24hb July 2013 (16 ramadhan 1434 hijrah - Jumaat) telah dipersetujui bagi menyediakan hidangan moreh pada tahun ini bersempena cuti Nuzul al-Quran bagi negeri Selangor.
          Seawal jam 10.30 am, sebahagian biro wanita telah keluar ke rumah no 11 ( Rumah Kak Is - ketua biro wanita Taman Bandacaya 2) bergotong -royong menyediakan keperluan untuk hidangan moreh ini. Pada tahun ini beehon goreng dan bubur kacang + durian telah terpilih sebagai hidangan istemewa bagi seluruh Warga Taman Bandacaya 2 untuk berbuka puasa dan hidangan moreh bagi Surau An-Nur (Kariah Kaban). Segala rempah ratus untuk mengoreng beehon dan bubur kacang disediakan sendiri oleh biro wanita secara bergotong-royong. bersempena dengan hari cuti umum pada hari ini maka ramai ahli biro wanita menyumbangkan tenaga membantu menyediakan hidangan istemewa ini.









Chef  Sahak - air tangannya sentiasa dinantikan oleh seluruh warga Bandacaya 2.

       
          Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan dengan lancar berkat daripada kerjasama dan komitment dari ahli-ahli biro wanita. Selepas jam 4.30 pm hidangan ini siap dibungkus dan diedarkan keseluruh warga Bandacaya 2 untuk hidangan berbuka puasa. Manakala untuk hidangan moreh, semua bungkusan telah dihantar ke surau An-Nur bila masuknya waktu Isya dan dihidangkan selepas solat tarawih.
          Semua jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yang terlibat menjayakan program ini.

**** SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA kepada seluruh warga Bandacaya 2 *****

02 July 2013

Majlis Menyambut Kedatangan Ramadhan.

            Bagi meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang tidak lama lagi, Persatuan Penduduk Bandacaya 2, merancang mengadakaan program yg bertemakan keagamaan bagi menyambut kedatangan Ramadhan. Masyuarat ahli jawatan kuasa PPBC2 bersama biro wanita telah diadakan untuk memastikan program yang di rancangkan berjalan lancar. Program ini berlangsung pada 29hb Jun 2013 (Sabtu mlm Ahad).
En Saat
Bermula pada hari  Jumaat 2 buah khemah yang disumbangkan oleh MPP zone 11 telah dipasang dilokasi yang telah dipersetujui iaitu di rumah En Saat + Ustazah Shawati iaitu dirumah no46.
Ustazah Shawati
2 biji khemah yang disumbangkan oleh MPP Zone 11 untuk majlis ini.
Semua warga penduduk Bandacaya 2, dari kanak-kanak, remaja dan ibubapa terlibat menjayakan program ini. Program ini berlangsung seawal jam 9.30 am dengan ahli biro wanita keluar ditapak khemah ber 'rewang' atau bergotong-royong menyediakan juadah untuk hidangan selepas program, ada juga ahlijawatankuasa yang bercuti pada hari tersebut keluar membantu.

Antara ahli biro wanita yang menyumbangkan tenaga membantu menyiapkan juadah






persiapan terakhir sebelum majlis. bermula


Bila masuk waktu maghrib, azan di laungkan diikuti dengan sembahyang maghrib berjemaah, yang di imamkan oleh Ustaz Jemputan  iaitu Ustaz Khairi bin Mohd Noor


Ustaz Khairi mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat



Antara warga wanita yang turut serta.

Ustaz Khairi bin Mohd Noor memberikan tazkirah.




Kanak-kanak dan warga penduduk Taman Bandacaya 2 khusyuk
mendengar  apa yang di sampaikan oleh Ustaz Khairi



Sembahyang Isya berjemaah yang diimamkan
oleh Ustaz Khairi bin Mohd Noor.

Setelah selesai Solat Isya dan bacaan doa maka berakhir lah majlis ini 
dan disudahi dengan ,,makan..............






Lepas makan, apa lagi..... gotong royong la mengemaskan pinggan-mangkuk dan periuk belanga, semuanya harus diselesaikan malam itu juga.





Mewakili jawatan kuasa Persatuan Penduduk Bandacaya 2, mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga bandacaya 2, dengan kerjasama wargapenduduk majlis ini berjalan lancar, jutaan terimakasih kepada Ustaz Khairi bin Mohd Noor dan juga ahli majlis MPP zone 11  - En. Rais dan En Norhalim yang sepatutnya hadir pada malam tersebut tetapi ada keperluan lain yang lebih penting dan juga bantuan 2 biji khemah amat kami hargai.