28 July 2013

Penyediaan Hidangan Moreh

          Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, pada bulan ramadhan, Persatuan Penduduk Bandacaya 2 akan menyediakan hidangan moreh untuk seluruh penduduk taman dan juga bagi surau An-Nur (Kariah Kaban). Tidak ketinggalan juga pada tahun ini, maka pada 24hb July 2013 (16 ramadhan 1434 hijrah - Jumaat) telah dipersetujui bagi menyediakan hidangan moreh pada tahun ini bersempena cuti Nuzul al-Quran bagi negeri Selangor.
          Seawal jam 10.30 am, sebahagian biro wanita telah keluar ke rumah no 11 ( Rumah Kak Is - ketua biro wanita Taman Bandacaya 2) bergotong -royong menyediakan keperluan untuk hidangan moreh ini. Pada tahun ini beehon goreng dan bubur kacang + durian telah terpilih sebagai hidangan istemewa bagi seluruh Warga Taman Bandacaya 2 untuk berbuka puasa dan hidangan moreh bagi Surau An-Nur (Kariah Kaban). Segala rempah ratus untuk mengoreng beehon dan bubur kacang disediakan sendiri oleh biro wanita secara bergotong-royong. bersempena dengan hari cuti umum pada hari ini maka ramai ahli biro wanita menyumbangkan tenaga membantu menyediakan hidangan istemewa ini.









Chef  Sahak - air tangannya sentiasa dinantikan oleh seluruh warga Bandacaya 2.

       
          Alhamdulillah, program yang dirancang berjalan dengan lancar berkat daripada kerjasama dan komitment dari ahli-ahli biro wanita. Selepas jam 4.30 pm hidangan ini siap dibungkus dan diedarkan keseluruh warga Bandacaya 2 untuk hidangan berbuka puasa. Manakala untuk hidangan moreh, semua bungkusan telah dihantar ke surau An-Nur bila masuknya waktu Isya dan dihidangkan selepas solat tarawih.
          Semua jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan berbanyak terima kasih kepada yang terlibat menjayakan program ini.

**** SELAMAT BERPUASA dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA kepada seluruh warga Bandacaya 2 *****

No comments:

Post a Comment