Perjumpaan ahlijawatan kuasa bagi membincangkan Majlis Sambutan Aidil fitri telah diadakan
Pada : 01.08.2013
Tempat : BC44 (rumah setiausaha)
Masa : 10.30pm - selepas kembali dari sembahyang tarawih
Kehadiran : 85%
Perjumpaan ini adalah bagi membincangkan Majlis Sambutan Aidil fitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Untuk menjayakan majlis ini ketua program telah dilantik dan kali ini Saudara Pengerusi PPB2 iaitu Sdr Norkhizam (Mat Nor) menjadi ketua program, dan sdr Norkhizam telah membahagi-bahagikan tugas dikalangan ahlijawatankuasa untuk memastikan program ini berjalan lancar dan berikut adalah senarai tugas-tugas khas bagi ahlijawatankuasa untuk menjayakan program ini.
Tarikh yang dipilih untuk majlis ini adalah pada 24b Aug 2013.
1. Bahagian jemputan dan urusan surat menyurat. - Dali
2. Khemah, kerusi dan meja. - Dali & Wak Tumiran.
3. Masakkan dan hidangan - Kak Is dan biro wanita dengan di bantu oleh Azril & Hatta.
4. PA system - Saat & Raja Rostaman.
5. Penyambut Tetamu - Wan Azla, Safiee, Faizal berserta istri-istri nya.
6. Bacaan Doa - Raja Rostaman
7.Trafic - Jumari & Iskandar
8. Juruacara - Wak Tumiran
9. Logistik - Saiden, Bakri, Fendi & Anuar.
Pada perbincangan ini juga ada menentukan lokasi majlis akan diadakan. dan seperti tahun 2012, ia akan diadakan di pintu masuk keTaman Bandacaya 2, segala urusan penyediaan hidangan akan dilakukan secara bergotong royong di lokasi khemah. Untuk memeriahkan lagi majlis ini beberapa cadangan telah diutarakan dan cadangan ini telah sebulat suara di perstujui di kalangan AJK untuk di realisasikan pada mlm tersebut.
" setiap rumah di khendaki menyediakan satu hadiah misteri dengan dibungkus rapi, dan hadiah tersebut hendaklah di daftarkan di kaunter pendaftaran, sepanjang majlis acara cabutan bertuah akan di adakan dengan hadiah misteri yg di bawa oleh warga penduduk akan menjadi hadiahnya. disini pertukaran hadiah akan berlaku tanpa mengetahui hadiah dari sesiapa."
Pada penutup perjumpaan ini ada dinyatakan satu perjumpaan semula akan diadakan seminggu sebelum majlis berlangsung.
tahniah di atas post gambar 2 di dalam blog ini.tahniah juga diatas kewujudan blog ini....kekal kan prestasi,kurangkan kontroversi,berdiri atas kaki sendiri.......
ReplyDeleteManusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)
Delete