25 December 2015

Sambutan Maulidur Rasul di Taman Bandacaya 2 - 2015

          Sempena menyambut hari Maulidur Rasul pada tahun ini yang jatuh pada 24hb Dec. 2015, Persatuan Penduduk Bandacaya 2 sebagaimana seperti tahun sebelumnya telah mengadakan aktiviti berarak mengelilingi taman sambil berselawat keatas junjungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Pada tahun ini juga seawal jam 8.00am kebanyakkan warga Taman Bandacaya 2,  mula berkumpul dikawasan parking belakang. Ibu bapa dan anak-anak dengan berpakaian berwarna-warni menyerikan pagi yang mulia dengan niat yang satu, menyambut ulangtahun kelahiran jujungan yang mulia Nabi Muhammad S.A.W. Acara perarakan bermula jam 8.30 am, dengan berselawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W yang diketuai oleh Saudara Saat (BC46).























Selesai berarak mengelilingi taman, Program diteruskan dengan tahlil ringkas diketuai oleh En Saat dan ribuan terima kasih dari pihak Persatuan Penduduk Bandacaya 2 kepada En Saidin (BC 28) dimana secara sukarela membenarkan rumahnya di jadikan tempat program tahlil ini dijalankan.








          Program ini disudahi dengan jamuan ringkas dimana ia di sediakan oleh biro wanita secara port luck. Walaupun kehadiran peserta berkurangan disebabkan cuti yang bersambung dan kebanyakkan warga Bandacaya 2 mempunyai perancangan yang lain seperti balik kampung, bercuti atau terpaksa berkerja, ia tetap meriah dan berjalan lancar seperti yang dirancangkan..







28 September 2015

Sambutan Aidil Adha 2015

       Pada 7 tahun yang lalu, pada tahun pertama tertubuhnya Persatuan Penduduk Bandacaya 2, program sambutan Aidil Adha dengan acara bertakbir dari rumah ke rumah telah di mulakan. Dari tarikh tersebut acara ini berterusan tanpa tertinggal walau sekali pun dan kini ia bagaikan satu tradisi bagi Penduduk Taman Bandacaya 2 untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan mengadakan majlis takbir dari rumah ke rumah. Tidak terkecuali pada tahun ini dimana majlis ini diadakan pada malam Hari Raya Aidil Adha (23.09.2015) Rabu mlm Khamis). Bermula jam 9.00pm selepas isyak, warga Bandacaya 2 yg tinggal iaitu tidak balik ke kampung, termasuk kanak-kanak dan remaja telah keluar berkumpul di rumah Saudara Sahak (BC07) dan program takbir tahun ini ia di ketuai oleh Saudara Raja Rostaman dengan di bantu Saudara Saat dan sedikit kelainan pada tahun ini Pihak persatuan memberi peluang kepada generasi muda di kalangan remaja Bandacaya 2 untuk mengepalai takbir ini. Ia adalah sebagai persediaan sebagai pelapis pada masa hadapan. Seramai 19 biji rumah telah menyertainya dan ia berakhir di rumah Saudara Hatta dimana makanan pot luck yang disediakan oleh biro wanita telah dikumpulkan.