Pada 7 tahun yang lalu, pada tahun pertama tertubuhnya Persatuan Penduduk Bandacaya 2, program sambutan Aidil Adha dengan acara bertakbir dari rumah ke rumah telah di mulakan. Dari tarikh tersebut acara ini berterusan tanpa tertinggal walau sekali pun dan kini ia bagaikan satu tradisi bagi Penduduk Taman Bandacaya 2 untuk menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan mengadakan majlis takbir dari rumah ke rumah. Tidak terkecuali pada tahun ini dimana majlis ini diadakan pada malam Hari Raya Aidil Adha (23.09.2015) Rabu mlm Khamis). Bermula jam 9.00pm selepas isyak, warga Bandacaya 2 yg tinggal iaitu tidak balik ke kampung, termasuk kanak-kanak dan remaja telah keluar berkumpul di rumah Saudara Sahak (BC07) dan program takbir tahun ini ia di ketuai oleh Saudara Raja Rostaman dengan di bantu Saudara Saat dan sedikit kelainan pada tahun ini Pihak persatuan memberi peluang kepada generasi muda di kalangan remaja Bandacaya 2 untuk mengepalai takbir ini. Ia adalah sebagai persediaan sebagai pelapis pada masa hadapan. Seramai 19 biji rumah telah menyertainya dan ia berakhir di rumah Saudara Hatta dimana makanan pot luck yang disediakan oleh biro wanita telah dikumpulkan.
No comments:
Post a Comment