12 July 2015

"IFTAR BANDACAYA 2 - 2015"


             Persatuan penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan majlis iftar bersama seluruh warga penduduk bandacaya 2 pada 11 hb July 2015. Majlis ini adalah cetusan idea dari Tuan Pengerusi persatuan penduduk semasa perbincangan bagi menyediakan moreh yang di jadualkan pada minggu terakhir di bulan Ramadhan.
Biro wanita telah bergotong royong menyediakan menu utama bagi majlis iftar ini sambil memasak juadah bagi penyediaan moreh. Sementara itu wargabandacaya 2 juga digalakkan membawa hidangan sendiri (pot Luck) dan di makan bersama-sama semasa berbuka puasa.















selepas beriftar kami bersembahyang maghrib berjemaah dengan di imamkan oleh Saudara Rostaman.




            Alhamdulillah semuanya berjalan lancar sebagaimana di rancangkan walaupun tidak seluruh penduduk menyertainya, mungkin mempunyai program yang yang lain tetapi ia tetap meriah. Terima kasih kepada semua yang terlibat, menjadikan Taman Bandacaya 2 kita kekal ceria dibulan Ramadhan ini.


No comments:

Post a Comment