15 July 2016

BARAAN 2016

Bagi meneruskan sambutan aidil fitri Persatuan Penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan Program Baraan dari rumah ke rumah dikalangan warga penduduk taman, dimulakan pada hari raya ke-7(12/7/2016) setelah mengambil kira kebanyakkan warga bandacaya 2 telah kembali dari cuti aidilfitri yang panjang. Program baraan ini adalah kita sesama penduduk akan zirah-menziarahi jiran tetangga secara berkumpulan,
          Sebagaimana pada tahun lalu dimana ia di bahagikan kepada 4 block, iaitu block 1, 2 3 & block 4 dan hidangan pot luck dikumpulkan di rumah terakhir pada mlm tersebut bagi menjimatkan masa baraan, Aturcara baraan ini di ubah sedikit dari tahun-tahun sebelumnya untuk penambahbaikkan iaitu Selawat ringkas dan bacaan doa ringkas di bacakan di ikuti dengan ucapan dari tuan rumah

Hari Pertama - block 1































 
 
Hari ke - 2 (block 2)























 
 
Hari ke 3 - block 3 & 4
 






























 
Dengan berakhirnya  majlis barran ini maka sekali lagi Bandacaya 2 telah dapat meneruskan tradisi Taman Bandacaya 2 ini, dan objektif nya untuk mengeratkan silaturahim sesama penduduk telah tercapai. Kami pihak Jawatankuasa Persatuan Penduduk mengucapkan tahniah kepada warga penduduk yang menyertai program ini dengan komitmen tuan-tuan program ini berjalan lancer dengan jayanya. Kami percaya jika ziarah-menziarah ini dilakukan secara individu ia mungkin tidak akan terlaksana.
 


No comments:

Post a Comment