Sempena Menyambut kedatangan Ramadhan, Persatuan penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan majlis bacaan Yassin, Tahlil Dan doa selamat pada 12hb Mei 2018, iaitu pada hari Sabtu malam Ahad. Pada kali ini Majlis baccan Yassin dan tahlil ini diadakan di rumah En Saiden. Dengan kerjasama dari Ibu-Ibu Bandacaya 2 program ini dimulai dengan bergotong-royong bermula pada pagi sabtu lagi bagi menyiapkan juadah untuk majlis bacaan yassin dan tahlil ini dan menu yang di sediakan pada tahun ini adalah Nasi Ambeng.
Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat ini dimulakan selepas solat Isya di rumah En Saiden dengan diketuai oleh Saudara Rostaman,
Selesai sahaja bacaan Yassin, tahlil dan doa selamat para hadirin yang hadir di hidangkan dengan Nasi Ambeng, Bagi warga penduduk Bandacaya 2 yang tidak pernah merasai Nasi Ambeng ia adalah satu menu yang baru bagi mereka.
diwaktu yang sama selepas menikmati juadah, kaum ibu menyambut hari ibu yang kebetulan jatuh pada 13/05/2018. Acara potong kek telah di adakan bagi meraikan Ibu-Ibu Bandacaya 2.
Kami Ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan ribuan terimakasih kepada seluruh warga Bandacaya 2 yang hadir bagi menjayakan majlis ini dan ia juga dapat mengeratkan jalinan saitulrahim sesama warga Bandacaya 2.
No comments:
Post a Comment