09 June 2017

Bacaan Yassin & Tahlil 2017

Sempena Menyambut kedatangan Ramadhan, Persatuan penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan majlis bacaan Yassin, Tahlil Dan doa selamat pada 20hb Mei 2017, iaitu pada hari Sabtu malam Ahad. Pada kali ini Majlis baccan Yassin dan tahlil ini diadakan di rumah Wak Tumiran (BC20) Dengan kerjasama dari biro wanita program ini dimulai dengan bergotong-royong menyiapkan juadah untuk majlis tersebut sambil itu sumbangan juadah secara potluck berupa kuih-mueh dan buah-buahan bagi yang tidak berkesempatan untuk rewang bersama-sama




Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan doa selamat ini dimulakan selepas Isya di rumah Wak Tumiran dengan diketuai oleh Ustaz Kamal - Imam Surau Madarasah Haji Muhammad Ali, Pada Majlis tahun ini jemputan selain penduduk Taman Bandacaya 2 ia juga menyeluruh kepada seluruh khariah SMHMA.

















Kami Ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandacaya 2 mengucapkan ribuan terimakasih kepada seluruh warga bandacaya 2 dan seluruh khariah SMHMA yang hadir bagi menjayakan majlis ini.

No comments:

Post a Comment