19 June 2017

Iftar Bandacaya 2 - 2017

        Persatuan penduduk Bandacaya 2 telah mengadakan majlis iftar bersama seluruh warga penduduk bandacaya 2 pada 17hb Jun 2017. Sebagaimana yang dirancangkan hidangan adalah secara secara pot luck dan dikumpulkan di perkarangan Bandacaya 2 iaitu di jalan antara rumah BC28 dan BC30 dan di makan bersama-sama semasa berbuka puasa. Tetapi disebabkan hujan telah turun pada hari yg dirancangkan maka program ini telah ditukar lokasi ke tempat letak kereta di rumah saudara Hasaan (BC39 dan rumah Raja Rostaman (BC37).

bermula jam 6.30pm segala hidangan telah di kumpulkan ke diatas meja yang di letakkan di rumah Raja Rostaman.



Bila sudah sampai waktu berbuka, hujan pun turut berhenti, maka bermulalah acara program iftar bersama-sama warga penduduk Bandacaya 2 








Saudara Rostaman telah mengimamkan solat maghrib bersama -sama sebagai penutup program iftar Bandacaya 2 ini. 


Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk Bandacaya 2 yang memeriahkan lagi program Iftar ini. walaupun hujan turun tetapi sambutan dari Penduduk Taman Bandacaya 2 adalah amat mengalakkan sekali.

No comments:

Post a Comment