Setelah beberapa kali bermasyuarat di antara ahlijawatan kuasa, maka hari Sabtu pagi telah bermula program rewang bagi menyiapkan juadah dengan disertai seluruh warga bandacaya 2 secara bergotong-royong.
Bermula jam 8.30pm, seluruh warga Bandacaya 2 datang beramai-ramai, memariahkan Majlis sambutan Aidilfitri 2017 ini dan diikuti oleh para jemputan iaitu warga penduduk Lorong Haji Tahir dan kawasan sekitarnya.
Antara jemputan VIP yang hadir - Ketua Kampung Jalan Kebun, Ahli Majlis Zone 11.
ada berbagai hadiah dia sediakan untuk acara permainan bagi memeriahkan suasana hari raya dan juga pertunjukkan bungapi.
Majlis berakhir pada jam 11.30pm, sekali lagi lagi warga bandacaya bergotong royong mengemas kerusi meja, pinggan mangkuk dan sebagainya..
Persatuan penduduk Bandacaya 2 mengucapkan terima kasih dah tahniah kepada seluruh warga bandacaya 2 kerana dengan kerjasamanya komitment yang di berikan majlis ini berjalan lancar dengan jayanya dan juga mengucapkan Selamat Hari Raya kepada tetamu-tetamu dan seluruh warga Bandacaya2.
No comments:
Post a Comment